Thursday , 18 January 2018

Home » Bencana » Kai-Tak ragut 3 nyawa, 77,000 berpindah

Kai-Tak ragut 3 nyawa, 77,000 berpindah

December 17, 2017 7:26 am Category: Bencana, Dunia A+ / A-
Kai-Tak ragut 3 nyawa, 77,000 berpindah

tiga maut dan puluhan ribu lagi terpaksa meninggalkan kediaman apabila Ribut Tropika, Kai-Tak melanda timur Filipina, hari ini.- Foto AFP

TACLOBAN,. Filipina: Sekurang-kurangnya tiga maut dan puluhan ribu lagi terpaksa meninggalkan kediaman apabila Ribut Tropika, Kai-Tak melanda timur Filipina, hari ini.

Pihak berkuasa berkata, ribut itu juga menyebabkan banjir, tanah runtuh dan bekalan elektrik terputus.

Perkhidmatan Cuaca Kebangsaan melaporkan, ribut Kai-Tak membawa angin sekuat 110 kilometer sejam melanda pulau Samar, iaitu yang ketiga terbesar di negara itu.

Pihak berkuasa tempatan melaporkan tiga terkorban, mangsa pertama seorang kanak-kanak berusia dua tahun yang di lemas di bandar Mahaplag, di Pulau Leyte.

Mangsa kedua seorang wanita yang tertimbus ketika kejadian tanah runtuh dan seorang lagi mangsa jatuh di dalam saluran utama banjir di bandar Ormoc.

Trak tentera dikerah untuk membantu penduduk yang terkandas di Pulau Samar dan Leyte. Setakat ini lebih 77,000 orang sudah dipindahkan ke pusat penempatan sementara.

– AFP

scroll to top