Friday , 21 June 2019

Home » Sukan » Kami menang – Ferrari, Toto Wolff pula menyatakan simpati terhadap Vettel

Kami menang – Ferrari, Toto Wolff pula menyatakan simpati terhadap Vettel

June 10, 2019 11:24 am Category: Sukan A+ / A-
Kami menang – Ferrari, Toto Wolff pula menyatakan simpati terhadap Vettel

Sebastian Vettel beraksi dalam perlumbaan Grand Prix Kanada di Montreal.

MONTREAL,. Ketua pasukan Ferrari, Mattia Binotto mengisytiharkan kemenangan Sebastian Vettel dan pasukannya pada Grand Prix Kanada biarpun keputusan menyaksikan pegawai perlumbaan mengenakan penalti lantas memberi kemenangan kepada Lewis Hamilton.

“Bukanlah kami untuk putuskan dan sukan ini adalah begini,” katanya. “Semua orang yakin Sebastian menang.”

“Dia tidak mempunyai sebarang niat jahat. Dia berada di depan sepanjang perlumbaan, melalui bendera penamat terlebih dulu bagi kami. Dia adalah pemenangnya dan kami, sebagai satu pasukan, kami memberikan saingan sebaik mungkin. Dan kami tahu kelemahan kami.”

Ketika perlumbaan yang menimbulkan kontroversi di Litar Gilles Villeneuve, Binotto kelihatan tenang. Hamilton disahkan pemenang selepas Vettel yang tiba lebih awal di garisan penamat dikenakan penalti lima saat atas alasan menyebabkan lawannya terbabas ketika pusingan ke-50.

“Kami perlu melihat semua data sebelum membuat keputusan sendiri. Dia memandu laju di setiap selekoh dan tayar berada di tepi garisan. Tidak ada apa yang boleh kami lakukan apabila ia termasuk ke kawasan rumput,” kata Binotto.

“Semua orang perlu bertenang dalam beberapa jam. Kerja kami adalah untuk perbaiki kereta. Hari ini, kami menang. Kami adalah terpantas di litar dan itu adalah penting.

“Bagus dapat melihat Seb mempunyai kemahuan dan dia masih lapar (kejayaan). Kami semua lapar.”

Bos Mercedes, Toto Wolff pula menyatakan simpati terhadap Vettel tetapi tetap gembira meraikan kejayaan ketujuh pasukan musim ini dengan Hamilton mencatatkan kejayaan ke-78 keseluruhan buat dirinya.

Vettel bagaimanapun enggan menghadiri sidang media selepas perlumbaan tetapi kembali ke majlis penyampaian hadiah selepas dipujuk oleh pasukannya.

“Di mana lagi saya boleh pergi?” kata Vettel dalam radio pasukan sebelum itu. “Saya tidak ada tempat lagi untuk pergi… Mereka mencuri perlumbaan daripada kami… Ini adalah dunia yang salah. Ia tidak adil.” – AFP

scroll to top