Friday , 21 June 2019

Home » Dunia » Kanak-kanak 9 tahun menang hadiah RM4.14 juta

Kanak-kanak 9 tahun menang hadiah RM4.14 juta

April 18, 2019 11:10 am Category: Dunia A+ / A-
Kanak-kanak 9 tahun menang hadiah RM4.14 juta

- Foto Khaleej Times

DUBAI,. Seorang kanak-kanak warga India berusia sembilan tahun menang hadiah cepumas bernilai AS$1 juta (RM4.14 juta) ‘Dubai Duty Free Millennium Millionaire’, enam tahun selepas memenangi kereta mewah dalam cabutan yang sama.

Khaleej Times melaporkan, Eliza M, pelajar sekolah rendah, menjadi pemenang bertuah menerusi tiket bernombor 0333.

Bapa kanak-kanak itu yang hanya dikenali sebagai M berasal dari Mumbai dan sudah menetap di Dubai selama 19 tahun berkata, beliau adalah peserta tetap promosi ‘Dubai Duty Free Millennium Millionaire’ sejak 2004.

Menurut akhbar itu, sembilan adalah nombor bertuah beliau dan memutuskan untuk membeli tiket No.0333 dalam talian dengan menggunakan nama anak perempuannya, Eliza.

Kanak-kanak itu adalah peserta baharu untuk memenangi promosi ‘Dubai Duty Free’ selepas dia memenangi kereta mewah McLaren Coupe pada Januari 2013.

Kanak-kanak itu adalah warga India ke 140 yang memenangi hadiah AS$ 1 juta (RM4.14 juta) di promosi Dubai Duty Free Millennium Millionarie sejak ia ditubuhkan pada 1999.

“Saya sudah membeli tiket promosi AS$ 1 juta sejak Siri 43 dan saya menyimpan tiket itu. Saya tidak pernah ketinggalan membeli tiket untuk setiap siri termasuk promosi ‘Double and Multi-Millionaire’,” kata bapa kanak-kanak itu.

Susulan cabutan itu, dua lagi pemenang diumumkan di ‘Dubai Duty Free Finest Surprise Promotion’, setiap seorang memenangi motosikal mewah.

Mohammad Haneef Adam, 23, rakyat India, memenangi motosikal jenama ‘Indian Scout Bobber’. Beliau sudah menetap di Dubai selama 20 tahun dan ketika ini bertugas di Sharjah. – Agensi

scroll to top