Wednesday , 24 July 2019

Home » Dunia » Kedutaan di London diserang, polis lepaskan tembakan

Kedutaan di London diserang, polis lepaskan tembakan

April 14, 2019 7:31 am Category: Dunia A+ / A-
Kedutaan di London diserang, polis lepaskan tembakan

LONDON,. Polis melepaskan tembakan di luar kedutaan Ukraine di London, hari ini, selepas sebuah kenderaan merempuh kereta duta dan kemudian cuba melanggar anggota keselamatan di tempat kejadian.

Tiada kakitangan diplomatik cedera dalam insiden itu dan suspek juga selamat. Serangan itu dilakukan lelaki berusia 40-an, dia dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga, kata polis.

Insiden itu bermula pada jam 8.30 pagi waktu tempatan dan berlaku di kawasan ekslusif di Holland Park, ia tidak dianggap sebagai keganasan.

Holland Park

Holland Park

“Kenderaan rasmi duta Ukraine ke United Kingdom (UK) sengaja dilanggar kerana diletakkan di luar bangunan kedutaan. Polis pantas mengepung kenderaan suspek.

“Bagaimanapun, suspek melanggar kereta duta sekali lagi,” menurut kenyataan kedutaan Ukraine.

Polis Metropolitan London mengesahkan menerima laporan sebuah kereta melanggar beberapa kereta yang diletakkan berhampiran kedutaan Ukraine.

“Apabila tiba di lokasi, sebuah kenderaan dipandu ke arah anggota polis. Tembakan senjata dan pistol renjatan terpaksa dilepaskan untuk menghentikan suspek.

“seorang lelaki berusia 40-an berjaya ditahan dan dibawa ke hospital sebagai langkah berjaga-jaga. Dia tidak cedera. Insiden ini tiada kaitan dengan pengganas,” menurut kenyataan polis. – AFP

scroll to top