Friday , 22 June 2018

Home » Bisnes » Kenanga Investment semak semula unjuran ringgit

Kenanga Investment semak semula unjuran ringgit

June 14, 2018 12:22 pm Category: Bisnes A+ / A-
Kenanga Investment semak semula unjuran ringgit

KUALA LUMPUR,. Kenanga Investment Bank Bhd menyemak semula sasaran akhir tahun ke atas ringgit kepada dolar Amerika Syarikat (AS) pada 4.05 berbanding 3.90 yang diunjurkan sebelum ini.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, firma itu berkata, ia juga menjangkakan mata wang tempatan kekal lemah berbanding mata wang utama yang lain.

“Dalam negara, risiko terbesar kepada unjuran dasar monetari ialah penurunan ketara pelaburan pasca pilihan raya akan menyebabkan kelembapan ekonomi,” katanya.

Kenanga berkata, pasaran modal Malaysia mengalami pengaliran keluar dana secara besar-besaran sejak keputusan mengejut pilihan raya umum awal Mei lalu, selain perubahan dasar semasa dan langkah yang diambil oleh pentadbiran baharu Pakatan Harapan, terutama penarafan sifar cukai barang dan perkhidmatan (GST) serta kajian semula projek infrastruktur utama.

“Bagi memastikan kestabilan pasaran modal serta mudah tunai yang mudah, selain untuk menyokong pertumbuhan, kami menjangkakan Bank Negara Malaysia akan menerima pakai pendirian akomodatif dan mengekalkan kadar dasar semalaman pada 3.25 peratus tahun ini dan mungkin juga sehingga tahun depan,” katanya.

– BERNAMA.

scroll to top