Wednesday , 24 July 2019

Home » Sukan » Kepulangan Ronaldo tidak merubah memberi kesan

Kepulangan Ronaldo tidak merubah memberi kesan

March 23, 2019 10:49 am Category: Sukan A+ / A-
Kepulangan Ronaldo tidak merubah memberi kesan

Cristiano Ronaldo selepa perlawanan menentang pasukan Ukraine pada saingan kelayakan Kumpulan B Euro 2020 awal pagi tadi. - Foto Reuters

LISBON,. Ukraine mengganggu Portugal ketika kepulangan Cristiano Ronaldo ke bola sepak antarabangsa apabila bertahan dengan baik bagi keputusan seri tanpa jaringan berdepan juara Eropah itu pada saingan kelayakan Kumpulan B Euro 2020 awal pagi tadi.

Ronaldo diberikan lilitan kapten oleh jurulatih Portugal, Fernando Santos selepas sembilan bulan tidak bermain dengan terakhir pada Piala Dunia 2018, namun penyerang Juventus itu gagal menembusi skuad bimbingan Andriy Shevchenko.

Keputusan seri itu adalah yang pertama buat skuad Santos ketika mereka gagal menjaringkan gol di laman sendiri dalam 19 perlawanan, meletakkan mereka kedua dalam kumpulan di belakang Luxembourg yang menewaskan Lithuania 2-1.

“Kami tidak bermain seperti dimahukan. Kami bermula perlahan, tidak memberi tekanan seperti yang kami mahukan,” kata pemain tengah Manchester City, Bernardo Silva.

“Pada babak kedua kami cuba mencipta peluang tetapi malangnya kami tidak menjaringkan gol.”

William Carvalho menanduk dengan baik tetapi ofsaid pada minit ke-16 dan Ronaldo, Pepe serta Andre Silva semuanya hampir menjaringkan gol tetapi penjaga gol Ukraine, beraksi dengan baik untuk menafikan mereka.

“Kami berjaya melaksanakan perancangan dengan bertahan, 100 peratus. Tidak melepaskan gol di laman juara Eropah ialah keputusan yang hebat,” kata Shevchenko. – AFP

scroll to top