Friday , 16 November 2018

Home » Nasional » Keputusan STAM Diumum Minggu Hadapan

Keputusan STAM Diumum Minggu Hadapan

January 13, 2018 7:56 am Category: Nasional A+ / A-
Keputusan STAM Diumum Minggu Hadapan

PUTRAJAYA,. Keputusan peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) 2017 akan diumumkan pada Khamis ini (18 Januari 2018).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan hari ini, calon boleh mendapatkan keputusan di sekolah masing-masing selepas jam 10 pagi.

Keputusan membabitkan calon persendirian pula akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) tempat mereka mendaftar bagi menduduki peperiksaan itu.

Calon juga boleh menggunakan perkhidmatan semakan keputusan STAM 2017 melalui mySMS 15888.

Perkhidmatan semakan itu akan diaktifkan bermula jam 10 pagi (18 Januari 2018) dan akan ditamatkan jam 6 petang pada 24 Januari 2018.

Menurut kenyataan itu lagi, tahun lalu seramai 9,534 calon mendaftar bagi menduduki STAM di 240 pusat peperiksaan dan daripada jumlah itu, 2,365 adalah calon Sekolah Kerajaan; Sekolah Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.

Manakala, calon Sekolah Menengah Agama Negeri (4,951); Sekolah Menengah Agama Rakyat (704); persendirian (1,370); Sekolah Menengah Agama Swasta (52) dan 92 calon luar negara yang mendaftar dengan Kementerian Pendidikan.

scroll to top