Friday , 21 June 2019

Home » Nasional » Kerajaan negeri bantu khidmat guaman

Kerajaan negeri bantu khidmat guaman

February 19, 2017 7:01 am Category: Nasional A+ / A-
Kerajaan negeri bantu khidmat guaman

Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin

JOHOR BAHRU: Kerajaan negeri akan membantu bagi mendapatkan khidmat bantuan guaman kepada keluarga mangsa kemalangan jalan raya yang mengorbankan lapan nyawa di sini, awal pagi tadi.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin mengumumkan langkah itu bagi membolehkan bantuan guaman bersesuaian dihulurkan kepada semua keluarga dan waris yang terkesan akibat tragedi itu.

“Kerajaan negeri akan bantu keluarga untuk lantik peguam bagi mengkaji tindakan selanjutnya berkaitan kes itu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohamed Khaled berkata, selain bantuan guaman, kerajaan negeri turut mengumumkan bantuan segera berjumlah RM1,600 bagi setiap keluarga mangsa yang terkorban.

“Bantuan ini disalur menerusi agensi negeri dan persekutuan termasuk Tabung Khairat Kematian Negeri Johor, Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM),” katanya.

scroll to top