Wednesday , 22 August 2018

Home » Nasional » Kerajaan pertimbang untuk bentangkan belanjawan tambahan – Perdana Menteri

Kerajaan pertimbang untuk bentangkan belanjawan tambahan – Perdana Menteri

August 13, 2018 10:35 am Category: Nasional A+ / A-
Kerajaan pertimbang untuk bentangkan belanjawan tambahan – Perdana Menteri

PUTRAJAYA, 12 Ogos -- Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad melihat pameran artis luar negara, Rose Thuong dari Vietnam ketika hadir di Pameran 'Tun M: A Forever Legacy' di Universiti Perdana semalam. -- fotoBERNAMA (2018) HAK CIPTA TERPELIHARA

SERDANG,. Kerajaan mempertimbangkan untuk membentangkan belanjawan tambahan minggu depan, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kami akan mempertimbangkannya,” kata Dr Mahathir ketika ditanya pemberita sama ada kerajaan akan membentangkan belanjawan tambahan minggu depan, selepas beliau melawat pameran lukisan bertajuk ‘Tun M: A Forever Legacy’ di Universiti Perdana di sini hari ini.

Mengenai pertikaian antara kerajaan terdahulu dengan Menteri Kewangan Lim Guan Eng berhubung dakwaan kehilangan RM18 bilion wang tuntutan cukai input bagi Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), Dr Mahathir berkata : “Jadi kalau ia (RM18 bilion) tidak hilang, tunjukkan kepada kami di mana wang itu berada.”

Ditanya sama ada kerajaan Pakatan Harapan (PH) menggunakan wang itu untuk melunaskan sebarang pembayaran sejak memegang kuasa pada 10 Mei, perdana menteri berkata: “Kami kekurangan wang. Itu adalah hakikat.”

Dr Mahathir berkata PH kekurangan wang disebabkan banyak wang digunakan untuk membayar balik pinjaman dan melangsaikan hutang.

“Wang digunakan untuk tujuan itu,” kata Dr Mahathir.

Perdana menteri berkata rakyat juga mengharapkan kerajaan PH memberi mereka wang dengan percuma oleh kerana tabiat ini diwujudkan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Beliau (Najib) bebas memberi wang kepada rakyat dan kini rakyat berharap kami pula bebas memberi mereka wang. Tapi kami tidak ada wang,” katanya.

— BERNAMA

scroll to top