Tuesday , 22 August 2017

Home » Nasional » Kerja Keras Umno Bakal Menjuarai Hati Rakyat – Jailani

Kerja Keras Umno Bakal Menjuarai Hati Rakyat – Jailani

August 12, 2017 7:12 pm Category: Nasional, Politik A+ / A-
Kerja Keras Umno Bakal Menjuarai Hati Rakyat – Jailani

Dato' Jailani Johari berucap di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu

Hulu Terengganu, 12 Ogos : Dato’ Jailani Johari,UMNO dan Barisan Nasional(BN) tidak boleh merasa selesa kerana berjaya mentadbir negara. Sebaliknya, harus bersama terus bekerja-keras untuk menjuarai hati rakyat, demikian kata Ahli Parlimen Hulu Terengganu,Dato’ Jailani Johari.

Menurutnya, parti itu tidak boleh mendabik dada dan terus dibuai dengan mimpi yang panjang kerana berjaya memenangi majoriti kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri( DUN).

“Kita semua harus bersama, terus kerja keras dalam menjuarai hati rakyat. Jangan hirau apa pembangkang buat tapi yang penting apa kita buat untuk rakyat. Tonjolkan kisah-kisah kejayaan UMNO dan Barisan Nasional.

“Jangan sibuk fikir hal pembangkang tetapi lupa apa patut kita lakukan untuk rakyat. Ingat pesanan Yang Amat Berhormat Presiden Parti bahawa ini bukan masa menjala undi tetapi memancing setiap pengundi,”kata Jailani.
Beliau berkata demikian ketika berucap di Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Hulu Terengganu di Dewan Akademi Binaan Malaysia di Jenagor, Hulu Terengganu, hari ini.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Kesetiaan rakyat berdasarkan kepada kejujuran dan keikhlasan pemimpin parti

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Kesetiaan rakyat berdasarkan kepada kejujuran dan keikhlasan pemimpin parti

Majlis perasmian disempurnakan oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO merangkap Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob.

Jailani berkata, kesetiaan, keikhlasan dan kerjasama merupakan elemen utama yang menjadi resipi jika mahu terus menjuarai hati rakyat.

“Kesetiaan rakyat berdasarkan kepada kejujuran dan keikhlasan pemimpin parti. Kita mahukan rakyat setia pada kita, tetapi adakah kita setia pada parti dan adakah kita setia berkorban untuk rakyat.

“Sebagai pejuang dan srikandi bangsa, kita mesti mempunyai semangat yang kental berani, tabah dan kuat dalam menghadapi ranjau politik yang semakin hari semakin menguji ketabahan kita,”katanya lagi.

Menurut Jailani, kebanyakan ahli UMNO kini ada yang telah terpesong daripada matlamat asal perjuangan parti.

Dato' Sri Ismail Sabri Yaakob dan Dato' Jailani Johari Di Majlis perasmian    UMNO Parlimen Hulu Terengganu

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Dato’ Jailani Johari Di Majlis perasmian
UMNO Parlimen Hulu Terengganu

Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dan Dato’ Jailani Johari Di Majlis perasmian
UMNO Parlimen Hulu Terengganu[/caption]

“Mereka sibuk mencari jalan untuk menjadi calon sama ada dalam parti dan pilihan raya.

” ‘Cah Keting’ dan cantas mencantas masih menjadi virus dalam parti kita. Mungkin mereka lupa perjuangan parti bukan untuk kepentingan sendiri dan jawatan, sebaliknya perjuangan parti sebenarnya untuk rakyat,”ujar Jailani.

Beliau turut berkata, pemimpin dah ahli UMNO dinasihatkan jangan sibuk bersaing untuk mendapatkan jawatan dalam UMNO sehingga lupa cabaran yang lebih besar supaya dapat menjuarai hati rakyat.

“Jangan jadi jaguh kampung, menang di (dalam) parti kalah di hati.

” Kita sepatutnya bersama-sama menyokong siapa sahaja wakil yang akan dipilih oleh parti dan sama-sama mengatur strategi untuk kekal Parlimen (Hulu Terengganu) dan tiga DUN serta rampas kembali DUN Manir,”ujarnya.

teganukite.net

scroll to top