Monday , 21 May 2018

Home » Nasional » Ketua SPRM baharu akan dilantik – Tun M

Ketua SPRM baharu akan dilantik – Tun M

May 14, 2018 10:32 pm Category: Nasional A+ / A-
Ketua SPRM baharu akan dilantik – Tun M

KUALA LUMPUR: Pelantikan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang baharu akan dibuat bagi memudahkan siasatan ke atas beberapa individu yang didakwa terlibat dalam kes rasuah.

Menurut Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, pengganti Tan Sri Dzulkifli Ahmad, yang meletak jawatannya secara rasmi siang tadi, mungkin diumumkan esok (Selasa).

Tun Dr Mahathir juga berkata beliau sudah mengadakan perjumpaan dengan beberapa individu termasuk dengan bekas pegawai kanan SPRM di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini, hari ini.

Dzulkifli, 52 tahun, dilantik sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM pada Ogos 2016, menggantikan Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Dalam satu kenyataan, Dzulkifli berkata beliau akan kembali melaporkan diri di Pejabat Peguam Negara esok.

 

Awani

 

scroll to top