Saturday , 25 May 2019

Home » Bisnes » Keuntungan bersih Vizione melonjak 120 peratus kepada RM17.76 juta

Keuntungan bersih Vizione melonjak 120 peratus kepada RM17.76 juta

April 25, 2019 7:44 am Category: Bisnes, Nasional A+ / A-
Keuntungan bersih Vizione melonjak 120 peratus kepada RM17.76 juta

KUALA LUMPUR,. Keuntungan bersih Vizione Holdings Bhd melonjak 120 peratus kepada RM17.76 juta dalam suku ketiga berakhir 28 Feb 2019 berbanding RM8.06 juta yang direkodkan dalam suku yang sama, setahun sebelumnya.

Perolehan juga meningkat sebanyak 23 peratus kepada RM164.96 juta daripada RM133.86 juta, dipacu oleh projek saluran paip bawah laut di Pulau Pinang dan Jalan Lingkaran Luar di Sabah.

Pendapatan asas sesaham adalah sebanyak 3.26 sen berbanding 0.23 sen sebelum ini.

“Pada masa sekarang, kumpulan mempunyai tempahan dalam tangan tertunggak berjumlah kira-kira RM2.9 bilion, yang akan menyumbang kepada pendapatan sehingga 2022.

“Kami menjangka lembaran imbangan kami untuk kekal sihat dengan ratio semasa sebanyak 1.81 kali dan penggearan kasar 0.05 kali,” katanya dalam satu kenyataan.

— BERNAMA

scroll to top