Saturday , 15 December 2018

Home » Sukan » Khachanov cipta kejutan, juarai Paris Masters

Khachanov cipta kejutan, juarai Paris Masters

November 5, 2018 9:50 am Category: Sukan A+ / A-
Khachanov cipta kejutan, juarai Paris Masters

Khachanov. juarai Paris Masters

PARIS,. Karen Khachanov membuat kejutan terbesar sepanjang tahun ini apabila menewaskan jaguh tenis dari Serbia, Novak Djokovic 7-5, 6-4 dalam aksi final ATP Paris Masters awal pagi tadi sekali gus menamatkan dominasi Djokovic dalam acara perseorangan lelaki itu.

Pemain berusia 22 tahun dari Russia itu antara bintang baharu yang sedang meningkat naik dan kejayaannya mengejutkan pemain pilihan nyata tidak diduga sama sekali.

Djokovic yang pada mulanya dijangka memenangi kejuaraan di Paris dan bakal merampas semula kedudukan sebagai pemain nombor satu dunia, tumbang dalam tempoh satu jam 37 minit dengan Khachanov jelas menguasai permainan.

“Untuk mengakhiri saingan musim ini dengan kejayaan ini umpama mimpi,” kata Khachanov yang mengakui Djokovic adalah idolanya dalam sukan itu.

Dia yang ‘mencium’ gelanggang tenis sejurus mengesahkan kemenangan ke atas lawannya berkata,“Saya menangis hari ini kerana terlalu gembira dengan kemenangan ini,” ujarnya kepada pemberita.

Khachanov yang memiliki ketinggian 1.98 meter nyata bijak menguasai segenap penjuru gelanggang dengan Djokovic pula agak bergelut di bawah cuaca yang tidak menentu terutamanya selepas dia baharu pulih daripada demam selsema.

Malah, Djokovic juga dilihat tidak bersedia dari segi mental dan fizikal bagi pertembungan final itu selepas bertarung hampir tiga jam menentang Roger Federer di separuh akhir Sabtu lalu.

“Pujian harus diberikan kepada Khachanov, dia melakukan kerja yang bagus hari ini. Dia sememangnya layak untuk membawa pulang trofi berkenaan,” kata Djokovic. -REUTERS

scroll to top