Thursday , 20 June 2019

Home » Nasional » KKMM rangka beberapa polisi tingkatkan jaringan komunikasi di Sarawak

KKMM rangka beberapa polisi tingkatkan jaringan komunikasi di Sarawak

June 2, 2019 5:29 am Category: Nasional, Teknologi A+ / A-
KKMM rangka beberapa polisi tingkatkan jaringan komunikasi di Sarawak

SERIAN,. Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan merangka beberapa polisi bagi meningkatkan jaringan komunikasi di Sarawak.

Menterinya, Gobind Singh Deo berkata pelaksanaan itu akan mengambil sedikit masa untuk dikaji terlebih dahulu.

“Dalam pada itu, KKMM akan terus memberi fokus kepada penggunaan teknologi dalam kalangan rakyat. Selepas perangkaan polisi itu dikenal pasti, KKMM akan melaksanakannya secepat mungkin,” katanya semasa berucap pada program beliau bersama rakyat di Kampung Paon Rimo di sini, hari ini.

Yang turut hadir, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pending Violet Yong Wui Wui dan Adun Tanjung Batu Chiew Chiu Sing.

Dalam perkembangan yang lain, beliau berkesempatan berkunjung ke kediaman Mantan Anggota Parlimen, Datuk Seri Dominic Dago di Kampung Pichin.

Dominic Dago adalah kaum Bidayuh yang pertama berkhidmat sebagai Anggota Parlimen pada tahun 60-an.

Petang ini, beliau dijadual berkunjung ke sebuah lagi kampung suku kaum bidayuh di Benuk bagi bersama-sama meraikan sambutan Gawai dan melihat sendiri keunikan sambutan itu di Sarawak.

— BERNAMA

scroll to top