Sunday , 24 February 2019

Home » Bisnes » Kumpulan AmBank dinobat bank PKS terbaik

Kumpulan AmBank dinobat bank PKS terbaik

February 11, 2019 12:53 pm Category: Bisnes A+ / A-
Kumpulan AmBank dinobat bank PKS terbaik

Datuk Sulaiman Mohd Tahir

KUALA LUMPUR,. Kumpulan AmBank dinobatkan anugerah Bank Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Terbaik Malaysia oleh Global Banking & Finance Review.

Global Banking & Finance Review adalah portal kewangan dan majalah terkemuka berpangkalan di United Kingdom (UK) menawarkan berita, analisis, pendapat, ulasan, temubual dan video dari dunia perbankan, kewangan, perniagaan, perdagangan, teknologi, pelaburan, pembrokeran, tukaran asing, percukaian dan undang-undang, kewangan Islam, dan pengurusan aset dan kekayaan.

Mengulas anugerah itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Kumpulan AmBank, Datuk Sulaiman Mohd Tahir, berkata pencapaian itu adalah bukti kepada komitmen kumpulan terhadap kecemerlangan dan sokongan yang diberikan kepada pelanggan PKS.

Pengarah Urusan, Perbankan Perniagaan, Kumpulan AmBank, Christopher Yap, berkata anugerah itu mengiktiraf usaha kumpulan dalam menyokong PKS mengembangkan perniagaan melalui pembiayaan dan perkongsian pengetahuan yang melangkaui akses kewangan.

“Kami akan terus menyampaikan penyelesaian perbankan perniagaan yang melangkaui sempadan inovasi dalam era baru yang menarik dan mencabar ini,” katanya.

Sejak penubuhannya pada tahun 2011, Anugerah Perbankan dan Kewangan Global mencerminkan inovasi, pencapaian, strategi, perubahan progresif dan inspirasi yang berlaku dalam komuniti kewangan global.

Anugerah itu diwujudkan bagi mengiktiraf syarikat daripada semua saiz yang menonjol dalam bidang kepakaran dan kecemerlangan tertentu dalam dunia kewangan.

AMMB Holdings Bhd adalah syarikat induk Kumpulan AmBank dan disenaraikan di Pasaran Utama Bursa Malaysia sejak tahun 1988. Ia adalah kumpulan perbankan keenam terbesar berasaskan aset di Malaysia, dengan permodalan pasaran sekitar RM11.6 bilion dan aset RM137.9 bilion pada 31 Mac 2018.

scroll to top