Saturday , 18 August 2018

Home » Bisnes » KWSP cadang tingkat pelaburan luar negara

KWSP cadang tingkat pelaburan luar negara

February 12, 2018 3:22 pm Category: Bisnes A+ / A-
KWSP cadang tingkat pelaburan luar negara

Datuk Shahril Ridza Ridzuan

KUALA LUMPUR,. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bercadang meningkatkan pelaburan luar negara kepada 32 peratus tahun ini berbanding 28 peratus sebelum ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Shahril Ridza Ridzuan, berkata pengurus dana persaraan bercadang untuk menembusi pasaran ekuiti Amerika Latin.

Beliau berkata, meningkatkan pelaburan di luar negara penting untuknya mempelbagaikan porfolio pelaburan bagi menjamin pulangan yang mapan pada masa depan.

“Bagi pelaburan luar negara, kami bercadang melabur di satu atau dua pasaran baharu tahun ini,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan taklimat mengenai Dividen KWSP 2017 di sini, hari ini.

Setakat 31 Disember 2017, pelaburan luar negara menyumbang lebih kurang 41.45 peratus kepada pendapatan pelaburan kasar.

Portfolio luar negara KWSP mencatatkan pulangan pelaburan (ROI) tahunan bagi tempoh satu, tiga dan lima tahun, masing-masing sebanyak 10.83, 11.14 dan 10.43 peratus.

scroll to top