Saturday , 17 November 2018

Home » Bisnes » Kylie Jenner bakal bergelar bilionair

Kylie Jenner bakal bergelar bilionair

July 12, 2018 9:48 am Category: Bisnes, Dunia A+ / A-
Kylie Jenner bakal bergelar bilionair

Kylie Jenner

LOS ANGELES,. Bintang realiti televisyen, Kylie Jenner dilaporkan bakal bergelar jutawan bertaraf bilionair termuda atas usaha sendiri di Amerika Syarikat, susulan kejayaan syarikat kosmetik miliknya yang dilancarkan dua tahun lalu.

Majalah Forbes melaporkan, Jenner, 20, yang juga adik tiri bintang realiti, Kim, Khloe dan Kourtney Kardashian menubuhkan Kylie Cosmetics pada 2016, yang menawarkan kit gincu bibir bernilai AS$29 (RM117).

Sejak dilancarkan, ia berjaya mencatatkan jualan lebih AS$630 juta (RM2.54 bilion).

Forbes menganggarkan syarikat milik Kylie bernilai hampir AS$800 juta (RM3.2 bilion) dan beliau menguasai sepenuhnya atau 100 peratus Kylie Cosmetics.

“Selepas digabungkan segala pendapatan yang diperoleh dari program televisyen, tajaan, pengiklanan dan dividen selepas cukai syarikat miliknya, Kylie dipercayai bernilai AS$900 (RM3.63 bilion).

“Beliau dijangka menjadi jutawan bertaraf bilionair hasil usaha sendiri termuda bagi kategori wanita atau lelaki dalam tempoh setahun,” lapor Forbes.

Dalam satu temubual dengan Forbes, Kylie mendedahkan media sosial banyak membantu kejayaannya.

“Media sosial adalah satu platform yang amat menakjubkan. Ia memberi saya akses yang mudah kepada peminat dan pelanggan,” katanya.

Sementara itu, Kylie mula mendapat perhatian selepas terbabit dalam rancangan realiti televisyen ‘Keeping Up with the Kardashians’ bersama ibu dan adik-beradiknya.

– Reuters

scroll to top