Wednesday , 17 July 2019

Home » Dunia » Lagarde mengunjungi Dr Mahathir

Lagarde mengunjungi Dr Mahathir

June 25, 2019 10:27 am Category: Dunia, Ekonomi, Nasional A+ / A-
Lagarde mengunjungi Dr Mahathir

PUTRAJAYA,. Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Christine Lagarde, yang dalam lawatan dua hari ke Malaysia, hari ini mengunjungi Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pertemuan kedua-duanya berlangsung selama satu jam di pejabat Dr Mahathir di Perdana Putra di sini.

Yang turut hadir ialah Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Darell Leiking.

Saifuddin ketika ditemui selepas perjumpaan itu berkata, Lagarde semasa pertemuan itu memuji usaha Dr Mahathir dalam memerangi rasuah dan memperbaiki pentadbiran kerajaan.

“Pada pandangan beliau (Lagarde) ini satu daripada perkara yang mustahak kerana walau macam mana pun pentadbiran kewangan dilaksanakan tetapi kalau rasuah masih berleluasa ia akan merencatkan pertumbuhan dan kemajuan,” katanya.

Saifuddin berkata, pertemuan itu juga membincangkan mengenai prospek kerjasama masa hadapan antara IMF dan Malaysia antara lain dalam ekonomi digital.

“Pada ASEAN Summit baru-baru ini, Perdana Menteri satu-satunya ketua kerajaan yang membicarakan mengenai ekonomi digital dari sudut bagaimana kita mengutip hasil cukai daripada ekonomi digital yang semakin rancak.

“Lagarde mengatakan itu antara perkara yang perlu dinilai dan diperhatikan. Ia satu perbincangan yang sangat baik,” katanya.

— BERNAMA

scroll to top