Friday , 21 September 2018

Home » Bisnes » Langkawi bakal nikmati hasil cukai pelancongan

Langkawi bakal nikmati hasil cukai pelancongan

April 17, 2018 12:04 pm Category: Bisnes, Nasional A+ / A-
Langkawi bakal nikmati hasil cukai pelancongan

Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Azi (dua dari kiri) diiringi isterinya, Datin Seri Haflin Saiful Azhar (kiri) membantu orang ramai mengambil makanan pada program My Kampung Tourism - Jom Pakat Mai Langkawi di Tanjung Rhu, Langkawi, malam tadi

LANGKAWI,.Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (MOTAC) bersedia mengembalikan RM1 juta kutipan cukai pelancongan tahun lalu kepada Kedah bagi pelaksanaan projek pelancongan.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz, berkata sebahagian daripada wang dikembalikan itu akan disalurkan ke Langkawi untuk pelaksanaan pelbagai projek.

“Secara keseluruhannya, MOTAC mengutip RM56 juta cukai pelancongan daripada pengusaha hotel seluruh negara tahun lalu dan kutipan dari Kedah ialah RM2 juta.

“Jadi, kita memutuskan mengembalikan sebahagian kutipan dengan agihan masing-masing RM500,000 kepada tanah besar Kedah dan Langkawi,” katanya pada sidang media selepas merasmikan program My Kampung Tourism – Jom Pakat Mai Langkawi di Tanjung Rhu di sini, malam tadi.

Yang turut hadir, Ketua Setiausaha MOTAC, Datuk Rashidi Hasbullah.

Mohamed Nazri berkata, langkah dilakukan itu dilihat lebih adil kerana sebahagian besar kutipan cukai pelancongan itu datang dari Langkawi yang memiliki banyak hotel berdaftar dengan MOTAC.

Katanya, kerajaan melaksanakan cukai pelancongan berkuat kuasa 1 September lalu ke atas pelancong asing saja pada kadar RM10 untuk setiap bilik bagi satu malam

“Secara mudahnya, daripada RM10 dikutip itu, kementerian ambil RM5, manakala RM5 lagi dibahagikan secara adil dan saksama kepada Kedah serta Langkawi.

“Wang ini kelak boleh digunakan untuk program membabitkan penduduk kampung, selain projek kecil seperti pembinaan jeti bagi tujuan pelancongan,” katanya.

Mohamed Nazri berkata, dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini, kutipan cukai pelancongan mencatatkan jumlah RM486,000.

scroll to top