Thursday , 13 December 2018

Home » Bisnes » Lapangan terbang Terputus Bekalan elektrik

Lapangan terbang Terputus Bekalan elektrik

December 18, 2017 7:55 am Category: Bisnes, Dunia A+ / A-
Lapangan terbang Terputus Bekalan elektrik

Lapangan terbang Atlanta terputus bekalan elektrik sehingga mengakibatkan ratusan penerbangan tertangguh

WASHINGTON,. Lapangan terbang paling sibuk di dunia, lapangan terbang Atlanta putus bekalan elektrik semalam, sehingga mengakibatkan ratusan penerbangan tertangguh atau dibatalkan.

“Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield Jackson Atlanta putus bekalan elektrik kira-kira jam 1.00 petang (waktu tempatan) hari ini,” kata lapangan terbang itu menerusi kenyataannya.

Pentadbir Penerbangan Persekutuan (FAA) mengumumkan bahawa ia melaksanakan larangan pendaratan untuk penerbangan menghala ke Atlanta.

“Menara FAA boleh beroperasi seperti biasa, namun perlepasan ditangguhkan kerana peralatan lapangan terbang di terminal tidak berfungsi,” katanya di Twitter.

Andaian teori mengenai punca bekalan elektrik putus itu tular di dalam talian termasuk kemungkinan pencawang elektrik terputus akibat kerja pembinaan dan kebakaran berhampiran kereta api antara terminal.

Namun, lapangan terbang itu memaklumkan punca insiden itu masih disiasat.

– AFP

scroll to top