Monday , 21 May 2018

Home » Bisnes » Laptop The Avengers: Infinity War

Laptop The Avengers: Infinity War

April 29, 2018 10:17 am Category: Bisnes, Teknologi A+ / A-
Laptop The Avengers: Infinity War

Acer diperkenalkan sempena filem The Avengers: Infinity War

Laptop terbaru Acer diperkenalkan sempena filem The Avengers: Infinity War. Memang seronok melihat tiga model berdasarkan karakter Iron Man, Thanos dan Captain America.

Model Aspire 6 berasaskan Captain America mempunyai rekaan menampilkan pentagram ikonik watak terbabit dengan ciri dalaman termasuk pemprosesan Intel Core i5- 8250U Gen ke-8 dan grafik NVIDIA GeForce MX150.

Aspire 6 edisi khas ini hadir bersama memori DDR4 4 GB, storan SATA 1 TB HDD dan kamera HD.

Manakala Dolby Audio Premium menawarkan pengalaman hiburan yang mengagumkan.

Aspire 6 ditawarkan pada harga RM3,299.

Sementara itu, model Nitro 5 berasaskan watak Thanos yang sesuai dengan rekaan sasa menampilkan potret Thanos didekorasikan dengan teknologi ‘In-Mold Roller’ IMR.

Ia menyempurnakan lagi garis casis berwarna hitam matte dan kemasan yang halus.

Nitro 5 edisi Thanis dikuasakan oleh grafik NVIDIA GeForce GTX 1050 dengan GDDR5 VRAM, 4GB, pemprosesan Intel Core i5-7300HQ Generasi ke-7 dan memori DDR4 8 GB.

Thanos ini sesuai untuk mempercepatkan tempoh ‘boot-up’ dan memendekkan masa pemuatan ketika bermain apabila dilengkapi SSD 128GB yang pantas serta dipadankan dengan storan HDD 1TB.

Nitro 5 ditawarkan pada harga RM4,299.

Acer Swift 3 pula cantik dengan logi bercahaya jantung Ironman di tengah dengan ukuran 17.95mm dan berat 1.6kg, reka bentuk Swift 3 versi Iron Man yang ringan dan nipis ini hadir bersama pemprosesan Intel Core i5-8250U Generasi ke-8, Intel UHD Graphics 620 dan menawarkan jangka hayat bateri sehingga 10 jam.

Swift 3 juga mempunyai pelbagai ciri terbaik untuk mencapai produktiviti maksimum termasuk paparan anti-silau Full HD IPS bersaiz 14 inci, SSD 256GB yang pantas, memori 8GB serta teknologi tanpa wayar 802.11ac 2?2 MU-MIMO untuk sambungan Internet yang laju dan stabil.

Iron Man ini diual pada harga RM4,399.

scroll to top