Tuesday , 23 July 2019

Home » Dunia » Lebih 15,000 pesakit kanser maut di Afghanistan pada 2018

Lebih 15,000 pesakit kanser maut di Afghanistan pada 2018

June 20, 2019 7:36 am Category: Dunia A+ / A-
Lebih 15,000 pesakit kanser maut di Afghanistan pada 2018

KABUL,. Lebih 15,000 pesakit kanser di Afghanistan meninggal dunia pada 2018, lapor agensi berita China Xinhua memetik kenyataan Kementerian Kesihatan Awam negara itu yang dikeluarkan di sini.

“Hampir 40,000 rakyat Afghanistan menderita pelbagai jenis kanser dan daripada jumlah itu, 15,000 telah meninggal dunia pada 2018,” menurut seorang pegawai kementerian itu, Dr Fida Mohammad Paikan, dalam kenyataan tersebut.

Di Afghanistan, kanser payudara adalah penyakit paling biasa yang telah meragut lebih 1,700 nyawa daripada sejumlah 7,000 wanita yang menghidap penyakit itu tahun lepas.

Beribu-ribu orang yang menghidap kanser di Afghanistan dilaporkan telah meninggalkan negara itu untuk mendapatkan rawatan di luar negara terutama di Pakistan dan India di mana mereka menghabiskan berjuta-juta dolar untuk merawat penyakit tersebut.

— BERNAMA

scroll to top