Wednesday , 17 July 2019

Home » Nasional » Lebih 17,000 lawat Galeri Arkeologi Lembah Lenggong

Lebih 17,000 lawat Galeri Arkeologi Lembah Lenggong

July 14, 2019 7:40 am Category: Nasional A+ / A-
Lebih 17,000 lawat Galeri Arkeologi Lembah Lenggong

Datuk Mohamaddin Ketapi.

LENGGONG,. Seramai 17,607 pelawat mengunjungi Galeri Arkeologi Lembah Lenggong di sini bagi tempoh enam bulan pertama tahun ini, kata Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi.

Katanya, kehadiran pelancong yang memberangsangkan itu susulan usaha kementerian menaik taraf pameran galeri arkeologi dan pemuliharaan tapak artifek arkeologi Kota Tampan dengan pembiayaan hampir RM8.3 juta di bawah Rolling Plan Rancangan Malaysia Ke-11(RMK11).

“Pelbagai usaha pemuliharaan tapak warisan arkeologi Lembah Lenggong telah dilakukan sejak 2012 sehingga tahun 2017 dengan peruntukan sebanyak RM17.5 juta di bawah RMK10 dan RMK11,” katanya dalam ucapan perasmian Karnival Lenggong sempena sambutan ulang tahun ketujuh pengiktirafan Lembah Lenggong sebagai tapak warisan dunia UNESCO di Dataran Lenggong di sini, hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakanTimbalan Ketua Setiausaha (Kebudayaan) Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya, Saraya Arbi.

— BERNAMA

scroll to top