Friday , 26 April 2019

Home » Dunia » Lelaki bakar jaket depan Rumah Putih

Lelaki bakar jaket depan Rumah Putih

April 13, 2019 8:16 am Category: Dunia A+ / A-
Lelaki bakar jaket depan Rumah Putih

Anggota paramedik memberikan rawatan di luar pagar Rumah Putih susulan seorang lelaki cedera ringan selepas membakar jaket miliknya. - Foto Reuters

WASHINGTON,. Seorang lelaki yang menaiki sebuah skuter elektrik seakan kerusi roda cedera ringan selepas membakar jaket miliknya di luar pagar Rumah Putih semalam, kata Perkhidmatan Rahsia Amerika Syarikat (AS).

Pegawai Perkhidmatan Rahsia pantas bertindak memadam api dan memberikan bantuan kecemasan, kata agensi itu di Twitter.

Seorang aktivis hak asasi manusia, Daniel Kingery, 57 berkata lelaki itu mengangkat jaket yang terbakar sambil merakam insiden itu, seolah-olah ia satu demonstrasi.

“Dia enggan mematuhi arahan untuk meletakkan objek terbabit ke bawah, seolah sedang memprotes,” kata Kingery.

Perkhidmatan Rahsia berjaya memadamkan api, menjatuhkan suspek dari skuter berkenaan dan mengheretnya berhampiran patung di Dataran Lafayette.

Susulan kejadian itu, Perkhidmatan Rahsia menutup Pennsylvania Avenue di hadapan Rumah Putih, dan sekitar blok 17th Street yang terletak berhampiran. Sekurang-kurangnya separuh daripada kompleks di Rumah Putih turut di tutup.

Rakaman video turut menunjukkan anggota perubatan tiba untuk memberi bantuan kepada suspek sambil dikawal pihak polis. Dia kemudian dirawat di hospital.

Seorang wartawan CCN ketika memetik seorang anggota Perkhidmatan Rahsia berkata di Twitter, kejadian berlaku sebaik selepas Trump bercakap mengenai rangkaian 5G negara itu di Rumah Putih. – Reuters

scroll to top