Monday , 10 December 2018

Home » Dewan Rakyat » Lim enggan jawab kesediaan Tun M guna logo DAP

Lim enggan jawab kesediaan Tun M guna logo DAP

March 22, 2018 4:08 pm Category: Dewan Rakyat, Nasional, Politik A+ / A-
Lim enggan jawab kesediaan Tun M guna logo DAP

KUALA LUMPUR,. Penasihat DAP, Lim Kit Siang enggan menyatakan pendirian beliau berhubung kesediaan Tun Dr Mahathir Mohamad menggunakan logo DAP pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Sebaliknya, Kit Siang menyatakan perkara itu boleh dijawab Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng.

” Sebarang masalah berkaitan parti boleh diajukan kepada Guan Eng. Beliau boleh menjawab kerana dia yang bertanggungjawab… jangan tanya saya,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya pendiriannya berhubung kesediaan Dr Mahathir menggunakan logo DAP.

Minggu lalu, Dr Mahathir menyatakan kesediaan bertanding menggunakan lambang DAP pada PRU-14.

Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) itu berkata, ia berikutan kemelut yang melanda partinya yang berkemungkinan menyebabkan pendaftarannya dibatalkan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS).

Katanya, beliau bersikap terbuka dan boleh menggunakan mana-mana parti di dalam Pakatan Harapan (PH) sama ada DAP, PKR atau Parti Amanah Negara (PAN).

scroll to top