Saturday , 17 November 2018

Home » Dunia » Lima termasuk rakyat asing maut dalam serangan di Kabul

Lima termasuk rakyat asing maut dalam serangan di Kabul

May 14, 2015 9:45 am Category: Dunia A+ / A-

Datuk Seri Mohamad Hasan

ANGGOTA polis ketika mengawal kawasan serangan terhadapa warga asing di rumah tetamu di Kabul. - Foto REUTERS

ANGGOTA polis ketika mengawal kawasan serangan terhadapa warga asing di rumah tetamu di Kabul. – Foto REUTERS

KABUL: Kumpulan militan dilaporkan membunuh lima orang termasuk warga asing dalam serangan yang berlarutan lebih tujuh jam ke atas sebuah rumah tetamu di Kabul, lewat malam tadi. “Lima terbunuh dan lima lagi cedera termasuk beberapa warga asing dan rakyat tempatan Afghanistan dalam serangan ke atas rumah tetamu Park Palace,” kata Ketua Polis Kabul, Abdul Rahman Rahimi. Beliau berkata, pasukan keselamatan yang bertindak berjaya menyelamatkan 54 yang lain. Tiada kumpulan yang tampil mengaku bertanggungjawab dalam serangan terbaharu itu, namun ia dipercayai dilakukan kumpulan Taliban berdasarkan beberapa kejadian sebelum ini membabitkan serangan ke atas warga asing. Kedutaan Amerika Syarikat di Kabul sebelum itu mengesahkan bahawa seorang rakyat Amerika terbunuh, manakala Duta India dalam Twitternya berkata terdapat beberapa rakyat India cedera atau kehilangan nyawa dalam serangan itu. – AFP

scroll to top