Sunday , 21 October 2018

Home » Sukan » Liverpool Langkah Kanan

Liverpool Langkah Kanan

August 13, 2018 10:55 am Category: Sukan A+ / A-
Liverpool Langkah Kanan

Mohamed Salah (kanan) diasak pemain West Ham, Angelo Ogbonna pada saingan Liga Perdana Inggeris di Anfiled, sebentar tadi. - Foto AFP

LONDON,. Sadio Mane, Mohamed Salah dan Daniel Sturridge muncul sebagai watak penting ketika membantu Liverpool menewaskan West Ham United 4-0 dalam aksi sulung kempen Liga Perdana Inggeris (EPL) di Anfield, sebentar tadi.

Membariskan skuad terkuat, anak didik Jurgen Klopp bermula garang dengan melancarkan beberapa siri serangan ke kubu pelawat yang turut memburu mata pertama musim ini.

Penjaring terbanyak EPL musim lalu, Salah terlebih dulu menembusi gawang West Ham selepas dia mudah menolak masuk umpanan Andrew Robertson di minit ke-19.

Mane yang beraksi di Piala Dunia Russia bersama Senegal menambah gol kedua pada masa kecederaan babak pertama sebelum dia sekali lagi meledak gol pada minit ke-53.

West Ham kendalian Manuel Pellegrini cuba bangkit dengan membuat beberapa pertukaran pemain, namun kekentalan bentang pertahanan The Reds berjaya mengekang asakan pelawat.

Ketika perlawanan dilihat berkesudahan 3-0, tuan rumah menambah derita pelawat menerusi jaringan pemain gantian Sturridge pada minit ke-88 sekali gus meletakkan pasukan itu di persada liga dengan perbezaan jaringan.

– AGENSI

scroll to top