Monday , 20 August 2018

Home » Dunia » Maghribi sasar bida Piala Dunia 2030

Maghribi sasar bida Piala Dunia 2030

June 15, 2018 5:53 am Category: Dunia, Sukan A+ / A-
Maghribi sasar bida Piala Dunia 2030

Maghribi akan melakukan bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia 2030, sehari selepas negara itu gagal untuk menjadi tuan rumah 2026, selepas tewas kepada gabungan negara Amerika Selatan.

RABAT,. Maghribi akan melakukan bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia 2030, umum jurucakap kerajaan hari ini, sehari selepas negara itu gagal untuk menjadi tuan rumah 2026, selepas tewas kepada gabungan negara Amerika Selatan.

“Atas arahan Istana, Maghribi akan melakukan bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia 2030,” kata jurucakap Mustapha El Khalfi.

Beliau berkata, Maghribi akan melaksanakan projek yang termasuk di dalam bidaan 2026, meskipun tewas kepada gabungan Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Gabungan Amerika Selatan menerima 134 sokongan dari anggota Kongres FIFA sementara Maghribi hanya 65 undian saja.

Khalfi berkata, adalah amat mengecewakan apabila tujuh negara Arab tidak mengundi Maghribi termasuklah sekutu politik seperti Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Qatar yang akan menganjurkan Piala Dunia 2022 mengundi Maghribi.

Susulan daripada undian semalam, Raja Maghribi, Mohammed VI menghubungi Putera Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani yang berjanji akan memberi sokongan kepada Maghribi untuk menganjurkan Piala Dunia 2030, kata pejabat Istana Maghribi menerusi satu kenyataan.

Setakat ini, Maghribi sudah gagal dalam lima bidaan untuk menganjurkan Piala Dunia.

– AFP

scroll to top