Sunday , 24 March 2019

Home » Bisnes » MAGIC sasar jana wujud nilai RM100j, 2018

MAGIC sasar jana wujud nilai RM100j, 2018

June 9, 2017 2:55 pm Category: Bisnes A+ / A-
MAGIC sasar jana wujud nilai RM100j, 2018

CYBERJAYA: Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) menyasarkan menjana RM100 juta dalam pewujudan nilai dalam tempoh dua tahun akan datang menerusi cabaran inovasi anjuran perbadanan untuk syarikat pemula niaga.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Ashran Ghazi, berkata program seperti ‘MaGIC Corporate Entrepreneurship Responsibility (CER) Circle’ dan ‘MaGIC Activate’ menerusi platform MaGIC CER membolehkan perbadanan dan usahawan meningkatkan pertumbuhan mereka.

“MaGIC CER Circle ialah platform ‘keahlian’ yang menghubungkan perbadanan dan syarikat pemula niaga, dan membantu mereka memanfaatkan teknologi dan membangunkan projek inovatif secara berterusan menerusi usaha sama.

“MaGIC Activate ialah ruang untuk membantu perbadanan untuk menganjurkan cabaran inovasi, kontrak perintis atau pelaburan berpotensi untuk sampai kepada lebih banyak syarikat pemula niaga dan usahawan, ”

katanya kepada pemberita selepas melancarkan program MaGIC CER Circle dan MaGIC Activate oleh Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Ahmad Maslan, di sini, hari ini.

“Kami menjangkakan dapat mengumpul minimum RM2 juta dalam pewujudan nilai bagi setiap cabaran menerusi MaGIC Activate,” katanya dan menambah pada masa ini ada 22 rakan korporat yang menawarkan cabaran inovasi termasuk AIA, CIMB, IBM dan IJM Corp.

Sementara itu, pada pelancaran itu, Ahmad berkata, CER akan menjadi penggerak untuk korporat sektor terbabit dalam pembangunan usahawan, iaitu semangat kerja berpasukan Malaysia dalam memacu pertumbuhan negara.

“Saya mahu perbadanan dan usaha lain di Malaysia menyertai inisiatif ini, terutama MaGIC CER Circle dan MaGIC Activate, selain meneroka cara untuk meraih manfaat daripada program ini, ” katanya.

BERNAMA

scroll to top