Tuesday , 16 October 2018

Home » Bisnes » MAHA 2018 perkasa wanita dalam bidang pertanian

MAHA 2018 perkasa wanita dalam bidang pertanian

March 12, 2018 1:36 pm Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
MAHA 2018 perkasa wanita dalam bidang pertanian

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.'Segalanya Wanita'

KUALA LUMPUR,. Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2018 akan menjadi medan bagi mengangkat dan mengiktiraf sumbangan golongan wanita dalam bidang pertanian serta industri asas tani.

Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, berkata MAHA 2018 juga akan menjadi medan untuk memaparkan kisah dan kejayaan tokoh wanita dalam bidang berkenaan.

“Kita telah memutuskan yang MAHA 2018 iaitu acara terbesar kementerian dan negara dalam industri pertanian akan mengiktiraf sumbangan dan kejayaan usahawan wanita dalam pertanian dan industri asas tani.

“Malah kita tetapkan MAHA 2018 akan menggunakan ‘tagline’ ‘Segalanya Wanita’ sebagai langkah menggalak dan memberi kesedaran untuk mengangkat martabat wanita dalam bidang pertanian negara,” katanya.

Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Fasiah Mohd Fakeh (BN-Sabak Bernam) pada sesi pertanyaan bagi jawapan lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan tambahan Mohd Fasiah, Ahmad Shabery berkata, kementerian menetapkan 50 peratus daripada pembiayaan TEKUN akan diperuntukkan kepada golongan wanita.

“Di bawah program Agrobank pula, kita mengkhususkan 95 peratus pinjaman menerusi program Agrotrust diberikan kepada usahawan wanita. Ia termasuk memastikan 50 peratus daripada agroprenuer muda adalah wanita,” katanya.

scroll to top