Wednesday , 23 May 2018

Home » Nasional » Mahfuz hadir bantu siasatan hina Sultan Pahang

Mahfuz hadir bantu siasatan hina Sultan Pahang

January 18, 2018 1:11 pm Category: Nasional, Politik A+ / A-
Mahfuz hadir bantu siasatan hina Sultan Pahang

Datuk Mahfuz Omar hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah

ALOR SETAR,. Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah sebentar tadi bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mengeluarkan kenyataan menghina Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Mahfuz hadir pada jam 10.15 pagi bersama peguamnya, Mohd Fikri Abd Rahman dan beberapa penyokong.

Semalam, Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah, kecewa dengan tindakan Mahfuz yang mempersendakan ayahanda baginda dengan menjadikan sebagai bahan jenaka dalam ceramah politik selain melanggar ketertiban seorang Melayu.

Baginda juga percaya kertas siasatan terhadap Ahli Parlimen itu sudah dibuka oleh pihak berkuasa selepas banyak laporan polis dibuat sama ada daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan pihak istana.

Baru-baru ini, Mahfuz dalam ceramahnya, antara lain mengulas kewajaran Tun Dr Mahathir Mohamad berusia 92 tahun dipilih sebagai calon perdana menteri dan membandingkannya dengan Sultan Ahmad Shah yang kekal menjadi Sultan Pahang walaupun sedang gering.

Klip video ceramah Mahfuz bersama Pakatan Harapan berdurasi 6.38 minit itu tersebar di laman media sosial.

Berikutan itu, pelbagai pihak yang kecewa dengan tindakan Mahfuz itu, tampil membuat laporan polis

scroll to top