Thursday , 20 June 2019

Home » Dunia » Majlis Keselamatan PBB kutuk keganasan di Sudan

Majlis Keselamatan PBB kutuk keganasan di Sudan

June 13, 2019 7:43 am Category: Dunia A+ / A-
Majlis Keselamatan PBB kutuk keganasan di Sudan

PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU,. Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengutuk keganasan terhadap orang awam di Sudan dan mengesa ia segera dihentikan, lapor agensi berita Sputnik.

Kementerian Kesihatan Sudan pada Khamis berkata seramai 46 orang dibunuh oleh tentera Sudan.

“Semua anggota Majlis Keselamatan mengecam keganasan di Sudan dan bersimpati terhadap mereka yang terbunuh,” menurut kenyataan UNSC.

Pada Isnin, Majlis Peralihan Tentera (TMC) mengatakan beberapa anggota tentera telah ditahan dan akan disiasat sama ada mereka melakukan kekerasan terhadap orang awam yang menyertai protes anti-kerajaan di luar Kementerian Pertahanan di Khartoum.

Hasil siasatan akan diumumkan dalam tempoh 72 jam.

Protes yang berlarutan sejak sekian lama itu, semakin memuncak apabila tercetusnya rampasan kuasa tentera pada 11 April lalu, selepas Presiden Omar Bashir digulingkan dan kini ditahan.

TMC mengambil alih urusan pentadbiran negara dan berjanji untuk mengadakan pilihan raya presiden dalam masa dua tahun.

Sementara itu, para penunjuk perasaan – menuntut tentera menyerahkan kuasa kepada pihak berkuasa awam.

— BERNAMA

scroll to top