Saturday , 23 June 2018

Home » Nasional » Majlis Peguam tak ikut nasihat, format majlis ditukar

Majlis Peguam tak ikut nasihat, format majlis ditukar

January 12, 2018 4:59 pm Category: Nasional A+ / A-
Majlis Peguam tak ikut nasihat, format majlis ditukar

PUTRAJAYA,. Tindakan Majlis Peguam yang berkeras mahu membangkitkan isu pelantikan Ketua Hakim Negara, Tun Raus Sharif pada majlis Pembukaan Tahun Kehakiman 2018 hari ini, menyebabkan format majlis tahunan itu ditukar.

Mengikut format kebiasaan, Peguam Negara dan Presiden Majlis Peguam akan berucap sebelum Ketua Hakim Negara, tetapi ia terpaksa diubah pada majlis tahun ini yang hanya memperuntukkan Raus berucap.

Menjelaskan perkara itu, Raus berkata, dalam perbincangan dengan Majlis Peguam sebelum ini, pihaknya sudah menasihatkan isu pelantikan beliau dan Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin tidak sesuai dibangkitkan pada majlis itu, lebih-lebih lagi kes berkenaan sudah dibawa ke mahkamah.

PUTRAJAYA 12 JANUARI 2018. Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif bergambar bersama hakim-hakim semasa majlis Pembukaan Tahun Kehakiman 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR.

PUTRAJAYA 12 JANUARI 2018. Ketua Hakim Negara, Tan Sri Md Raus Sharif bergambar bersama hakim-hakim semasa majlis Pembukaan Tahun Kehakiman 2018 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). NSTP/AHMAD IRHAM MOHD NOOR.

Bagaimanapun, katanya, Majlis Peguam tetap berkeras mahu memasukkan isu itu dalam teks ucapan wakil mereka, menyebabkan pihak Jabatan Kehakiman terpaksa menukar format dengan tidak memasukkan slot ucapan Peguam Negara dan Presiden Majlis Peguam.

“Saya beritahu mereka (Majlis Peguam), jika anda bangkitkan perkara itu, Peguam Negara akan memberi maklum balas mengenainya. Keadaan itu akan menjadi sukar.

“Saya beritahu, anda tidak boleh membangkitkannya dalam forum awam seperti ini dan biarkan mahkamah membuat keputusan, tetapi mereka tetap berkeras,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan ucaptama pada majlis Pembukaan Tahun Kehakiman 2018 di sini, hari ini.

Semalam, portal berita melaporkan, Presiden Majlis Peguam, George Varughese mendakwa, pertukaran format pada Majlis Pembukaan Tahun Kehakiman 2018 yang hanya membenarkan Raus berucap bertujuan menyekat badan itu.

Raus berkata, tidak timbul isu pihaknya menghalang wakil Majlis Peguam berucap pada majlis berkenaan, selain alasan mereka tidak hadir disebabkan pertukaran format majlis.

“Pertukaran format ini disebabkan mereka tetap berkeras mahu membangkitkan hal pelantikan kami sebelum perbicaraan. Ia tidak sesuai (dengan majlis),” katanya.

BH

scroll to top