Tuesday , 23 October 2018

Home » Nasional » Majlis Penasihat Kerajaan panggil wakil MoF, GLC, NGO

Majlis Penasihat Kerajaan panggil wakil MoF, GLC, NGO

May 21, 2018 1:44 pm Category: Nasional A+ / A-
Majlis Penasihat Kerajaan panggil wakil MoF, GLC, NGO

KUALA LUMPUR,. Majlis Penasihat Kerajaan hari ini mengadakan pertemuan dengan beberapa lagi pegawai kerajaan wakil syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) bagi mendapatkan maklumat berkaitan subsidi bahan api, pelaburan dan percukaian negara.

Antara yang awal dipanggil pada sesi pertama pada jam 10.30 pagi membabitkan Timbalan Ketua Setiausaha Perbendaharaan (Pelaburan), Kementerian Kewangan, Datuk Asri Hamidon dan Timbalan Setiausaha Bahagian (Sektor Komersial), Bahagian Syarikat Pelaburan Kerajaan, Kementerian Kewangan, Datin Rashidah Mohd Sies.

Kedua-duanya dilihat meninggalkan Menara Ilham iaitu lokasi tempat mesyuarat dan taklimat Majlis Penasihat Kerajaan kira-kira jam 12 tengah hari.

Difahamkan sesi kedua pertemuan membabitkan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS, Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dan Presiden Persatuan Pengedar Petrol Malaysia, Datuk Khairul Annuar Abdul Aziz.

Namun, kelibat kedua-duanya tidak kelihatan memasuki Menara Ilham sehingga jam 12.30 tengahari.

Ketua Pegawai Eksekutif (Operasi Percukaian) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Datuk Sabin Samitah juga dijangka bertemu Majlis Penasihat Kerajaan petang ini.

scroll to top