Thursday , 20 September 2018

Home » Dunia » Makkah mungkin banjir

Makkah mungkin banjir

August 21, 2018 8:36 am Category: Dunia A+ / A-
Makkah mungkin banjir

RIYADH: Jabatan Kaji Cuaca Arab Saudi mengumumkan kemungkinan berlaku banjir di Makkah semalam susulan hujan pada tahap sederhana dan lebat, lapor akhbar Al Akhbariya.

Pihak berkuasa meramalkan cuaca tidak stabil yang meliputi Makkah, Mina dan Arafah akan berterusan sehingga malam semalam.

Hujan turun ketika dua juta umat Islam berada dalam khemah di Mina untuk menyambut Hari Tarwiyah.

Tiada amaran dikeluarkan kerana bimbangkan keselamatan jemaah Haji yang akan meninggalkan Arafah menjelang subuh semalam.

Imej dan video akhbar Al Arabiya di media sosial menunjukkan kelambu Kaabah, Kiswah, tertanggal disebabkan angin kencang di Makkah petang kelmarin.

Musim haji dikawal ketat pihak berkuasa Arab Saudi bagi memastikan keselamatan jemaah.

— Agensi

scroll to top