Saturday , 23 June 2018

Home » Bisnes » Malaysia Airlines dinobat syarikat penerbangan terkemuka ASEAN

Malaysia Airlines dinobat syarikat penerbangan terkemuka ASEAN

December 14, 2017 4:27 pm Category: Bisnes, Nasional A+ / A-
Malaysia Airlines dinobat syarikat penerbangan terkemuka ASEAN

Arved von Zur Muehlan

SEPANG: Malaysia Airlines dinobat sebagai syarikat penerbangan terkemuka ASEAN di Indonesia selepas menerima anugerah pada majlis Indonesia Travel Tourism Awards (ITTA) 2017/18, baru-baru ini

Merangkumi senarai syarikat pelancongan terkemuka di seluruh industri pelancongan Indonesia, syarikat penerbangan itu adalah antara 160 calon menerusi 50 kategori.

Ketua Pegawai Komersial Malaysia Airlines, Arved von Zur Muehlan, berkata pencapaian itu adalah berikutan sokongan berterusan daripada pelanggan serta usaha warga kerja syarikat terbabit dalam memastikan tahap kecemerlangan produk dan perkhidmatan ditawarkan.

“Kita amat berbesar hati untuk menerima anugerah ini daripada Yayasan ITTA Indonesia.

“Malaysia Airlines kini mengendalikan 49 penerbangan ke Jakarta, 21 kali seminggu ke Denpasar Bali, 14 kali seminggi ke Medan dan terbaru, menambah penerbangan berjadual tujuh kali seminggu.

“Dengan pencapaian ini, kami gembira untuk meraikan dan mengukuhkan hubungan antara Malaysia dan Indonesia, dua negara yang mempunyai persamaan dari segi budaya, makanan dan bahasa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Anugerah berkenaan yang dianjurkan oleh Yayasan ITTA, memberi penghargaan kepada peserta industri pelancongan dan hospitaliti yang cemerlang serta memenuhi harapan dan kualiti hospitaliti, di samping menjadi model bagi industri pelancongan yang pesat berkembang.

Pesaing termasuk hotel terkemuka Indonesia, syarikat penerbangan dan resort mewah.

scroll to top