Sunday , 16 December 2018

Home » Dunia » Malaysia dan Singapura seperti kembar – Tun Mahathir

Malaysia dan Singapura seperti kembar – Tun Mahathir

December 7, 2018 10:19 am Category: Dunia, Nasional A+ / A-
Malaysia dan Singapura seperti kembar – Tun Mahathir

Dr Mahathir juga merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong kerana menyambut beliau pada Sidang Kemuncak ASEAN bulan lepas. - Gambar fail

KUALA LUMPUR,. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Khamis menyifatkan hubungan antara Malaysia dan Singapura seperti kembar.

“Malaysia dan Singapura adalah seperti saudara kembar, mungkin kembar yang tua sedikit adalah lebih besar daripada adiknya.

“Seperti kebanyakan negara, perbezaan dan persaingan akan berlaku di antara kita. Bagaimanapun, ia akan membantu kami berkembang dengan lebih pesat,” katanya menerusi catatan dalam laman Facebook beliau.

Dr Mahathir juga merakamkan ucapan terima kasih kepada rakan sejawatannya dari Singapura Lee Hsien Loong kerana menyambut beliau pada Sidang Kemuncak ASEAN bulan lepas.

Terdahulu, Menteri Pengangkutan Singapura Khaw Boon Wan dalam satu kenyataan mendakwa bahawa Kapal-kapal Kerajaan Malaysia secara berterusan telah menceroboh Perairan Wilayah Singapura di luar Tuas dengan pencerobohan sebanyak 14 kali setakat ini.

Beliau juga berkata Singapura telah memutuskan untuk memperluaskan Had Pelabuhan Singapura di Tuas melalui Pemberitahuan Maritim dan Penguasa Pelabuhan Singapura (Had Pelabuhan) (Pindaan) 2018.

— BERNAMA

scroll to top