Monday , 10 December 2018

Home » Bisnes » Malaysia mungkin semak pemilikan syarikat insurans asing

Malaysia mungkin semak pemilikan syarikat insurans asing

June 13, 2018 9:17 am Category: Bisnes, Nasional A+ / A-
Malaysia mungkin semak pemilikan syarikat insurans asing

HONG KONG/SINGAPURA,. Malaysia berkemungkinan menyemak semula arahan diberikan kepada syarikat insurans asing sebelum ini yang meminta mereka mengurangkan pemilikan dalam unit tempatan sebanyak hampir satu pertiga berikutan kesukaran mendapatkan pembeli domestik bagi kepentingan ekuiti yang akan dilupuskan itu, demikian menurut tiga sumber yang hampir dengan perkara itu.

Semakan itu berkemungkinan menjurus kepada pengawal selia di Malaysia tidak menguatkuasakan syarat itu, kata sumber itu.

Ia memberi kelegaan kepada syarikat insurans asing termasuk Great Eastern Holdings, Prudential, Tokio Marine Holdings dan Zurich Insurance.

Syarikat insurans asing berkembang di Malaysia dan negara Asia Tenggara lain dalam tahun-tahun kebelakangan ini, disokong pertumbuhan ekonomi yang kukuh, peningkatan pendapatan golongan menengah dan penembusan insurans yang rendah.

Tetapi tanpa diduga tahun lalu bank pusat Malaysia, yang adalah pengawal selia ehwal insurans, berkata ia akan menguatkuasakan peraturan 2009 dengan mengenakan had pemilikan asing 70 peratus ke atas perniagaan insurans tempatan.

– Reuters

scroll to top