Monday , 23 October 2017

Home » Bencana » Mangsa Banjir Di Kedah Kekal 116

Mangsa Banjir Di Kedah Kekal 116

October 12, 2017 12:19 pm Category: Bencana A+ / A-
Mangsa Banjir Di Kedah Kekal 116

Gambar Hiasan

ALOR SETAR, 12 Okt Mangsa yang terlibat seramai 116 Orang pada masa ini dan di pantau oleh pasukan keselamatan .

Jumlah mangsa banjir kilat di Kedah sehingga pukul 9 pagi ini kekal seperti malam tadi.

Menurut kenyataan Sekretariat Jabatan Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), tiga pusat pemindahan yang menempatkan 22 keluarga masih dibuka di daerah Kota Setar dan Kubang Pasu.

Di Kota Setar, dua pusat pemindahan dibuka iaitu di Sekolah Kebangsaan Haji Abu Bakar yang menempatan 26 mangsa daripada tujuh keluarga dan 17 mangsa daripada dua keluarga ditempatkan di Maahad Darul Hasimie.

Di Kubang Pasu, 73 mangsa daripada 13 keluarga ditempatkan di Dewan Kampung Lahar, Jitra.

Mangsa banjir dijangka dibenarkan pulang tengah hari nanti berikutan cuaca cerah.

— BERNAMA

scroll to top