Tuesday , 23 October 2018

Home » Dunia » Masih ada ruang untuk bincang dengan AS – Korea Utara

Masih ada ruang untuk bincang dengan AS – Korea Utara

May 25, 2018 10:39 am Category: Dunia A+ / A-
Masih ada ruang untuk bincang dengan AS – Korea Utara

SEOUL,. Naib Menteri Luar Negara Korea Utara, Kim Kye Gwan berkata Korea Utara masih terbuka untuk menyelesaikan isu dengan Amerika Syarikat (AS) tidak kira masa dan cara selepas Presiden AS, Donald Trump membatalkan sidang kemuncak dengan pemimpinnya Kim Jong Un, Jun ini.

“Kami memandang tinggi usaha Presiden Trump, yang belum pernah dilakukan mana-mana presiden lain, untuk merealisasikan sidang kemuncak bersejarah Korea Utara-AS,” kata naib menteri luar negara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini oleh agensi berita pusat utara.

“Kami ingin memberitahu AS sekali lagi bahawa kami terbuka untuk menyelesaikan masalah pada bila-bila masa,” katanya.

– Reuters

scroll to top