Monday , 10 December 2018

Home » Nasional » Maxis, Google anjur program keselamatan Internet

Maxis, Google anjur program keselamatan Internet

September 19, 2018 11:46 am Category: Nasional, Teknologi A+ / A-
Maxis, Google anjur program keselamatan Internet

KUALA LUMPUR,. Maxis Bhd menjalin kerjasama dengan Google untuk menjalankan sesi latihan menggunakan program literasi digital Google, bertajuk ‘Be Internet Awesome’, untuk lebih daripada 150 peserta mengenai keselamatan Internet.

Para peserta terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus dari Pusat Internet Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) di seluruh negara dan sukarelawan Maxis.

Maxis dalam kenyataannya hari ini berkata pelatih yang baharu itu akan membantu untuk membimbing pelajar Maxis eKelas mengenai asas keselamatan dalam talian dan bagaimana untuk menjadi pengguna Internet yang yakin.

“Latihan itu sejajar dengan inisiatif ‘Klik Dengan Bijak’ oleh SKMM yang menyokong penggunaan Internet yang positif dan bertanggungjawab.

“Sesi latihan yang diadakan baru-baru ini bertujuan untuk melengkapkan para peserta dengan pelbagai alat-alat digital untuk mencipta kata laluan yang selamat, mengelak penipuan dan menghadapi masalah cyberbullying,” katanya.

Program komuniti eKelas Maxis adalah inisiatif pembelajaran digital selepas sekolah yang bertujuan meningkatkan prestasi akademik pelajar di kalangan masyarakat luar bandar, yang memfokus pada tiga mata pelajaran – Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris – untuk pelajar tingkatan satu, dua dan tiga.

-BERNAMA

scroll to top