Thursday , 20 September 2018

Home » Nasional » MCA lawan PH di Balakong

MCA lawan PH di Balakong

August 18, 2018 12:04 pm Category: Nasional, Politik A+ / A-
MCA lawan PH di Balakong

BANGI,. Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong pada 8 September depan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH) dan MCA.

MCA mempertaruhkan ahli perniagaan, Tan Chee Teong, 40, manakala PH diwakili Naib Ketua Wanita DAP Bahagian Serdang, Wong Siew Ki, 32.

Pegawai Pengurus PRK DUN Balakong, Datuk Rosli Othman, membuat pengumuman itu pada jam 10.25 pagi di pusat penamaan calon di Dewan Utama Demense, Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat di sini, hari ini.
PENAMAAN CALON PRK DUN BALAKONG
“Saya bagi pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menerima dua kertas pencalonan untuk bertanding bagi PRK DUN Balakong.

“Mereka yang mengemukakan kertas penamaan ialah Tan Chee Teong pada jam 9.06 pagi daripada MCA dan Wong Siew Ki jam 9.13 pagi daripada PH.

“Selepas semua dokumen pencalonan disemak, saya berpuas hati tiada calon yang ditolak kertas penamaan,” katanya.

Kerusi DUN Balakong kosong berikutan kematian penyandangnya, Eddie Ng Tien Chee, susulan kemalangan jalan raya, 20 Julai lalu.
WONG SIEW KI PRK BALAKONG
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu, Tien Chee yang bertanding menggunakan simbol PKR, menang majoriti 35,538 undi selepas menewaskan calon PAS Mohamad Ibrahim Ghazali dan Lim Chin Wah (BN).

PRK ini mencatat sejarah kerana buat kali pertama MCA akan menggunakan lambang parti itu dan tidak menggunakan simbol dacing Barisan Nasional (BN) manakala DAP pula menggunakan lambang PH.

scroll to top