Thursday , 21 March 2019

Home » Sukan » M,City hilangkan ego Liverpool

M,City hilangkan ego Liverpool

January 4, 2019 7:08 am Category: Sukan A+ / A-
M,City hilangkan ego Liverpool

LONDON,. Liverpool mengalami kekalahan pertama musim ini selepas kalah 2-1 kepada juara bertahan, Manchester City di Stadium Etihad awal pagi Jumaat.

Leroy Sane menjaringkan gol kemenangan City pada minit ke-72 menerusi satu serangan balas, selepas menerima hantaran daripada bekas pemain Liverpool, Raheem Sterling.

Sebelum itu, tuan rumah mendahului perlawanan pada minit ke-40 menerusi penyerang Argentina, Sergio Aguero.

Liverpool berjaya menyamakan kedudukan hasil tandukan Roberto Firmino pada minit ke-64 perlawanan hasil hantaran silang, Andy Robertson.

Namun kesilapan pertahanan Liverpool membolehkan Sterling melancarkan serang balas yang menyaksikan Sane menewaskan penjaga gol, Alisson Becker.

Sebelum Aguero menjaringkan gol pendahuluan City, Liverpool hampir di depan seawal minit ke-20, namun tendangan Sadio Mane terkena tiang.

Cubaan pertahanan City John Stones untuk mengeluarkan bola terkena penjaga gol pasukannya, Ederson namun Stones berjaya menghalang bola daripada melepasi garisan.

Walaupun kalah, Liverpool kekal di puncak Liga Perdana Inggeris namun kemenangan bermakna City merapatkan kedudukan dengan the Reds dengan hanya empat mata di belakang berbanding tujuh mata sebelum ini.

Liverpool yang menduduki takhta Liga Perdana Inggeris dengan 54 mata, City 50 mata, diikuti Tottenham Hotspur 48 mata di tempat ketiga dan Chelsea di tempat keempat dengan 44 mata.

The Reds sedang memburu gelaran liga utama Inggeris sejak 1990 akan bertemu Brighton pada Sabtu, 12 Januari sementara City akan bertemu Wolverhampton pada Isnin, 14 Januari.

scroll to top