Tuesday , 19 June 2018

Home » Artikel Pilihan » Memoir Doktor Umum laris di Russia

Memoir Doktor Umum laris di Russia

May 25, 2018 3:09 pm Category: Artikel Pilihan, Nasional A+ / A-
Memoir Doktor Umum laris di Russia

Memoir Tun Dr Mahathir yang diterjemah dalam bahasa Russia laris selepas kemenangan Pakatan Harapan pada PRU-14.

PENJUALAN Memoir Tun Dr Mahathir Mohamad, Doktor Umum dalam terjemahan bahasa Russia melonjak selepas kemenangan Pakatan Harapan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia ketujuh.

Buku terbitan Institut (Universiti) Perhubungan Antarabangsa Moscow (MGIMO) dengan judul Doktor Negaranya dalam dua jilid dengan edaran 1,000 naskhah.

Penerbitan edisi Russia daripada memoir Dr Mahathir disediakan oleh Pusat ASEAN di MGIMO di bawah pimpinan Dr Victor Sumsky. Buku ini adalah satu penghormatan kepada tokoh terkenal itu.

Ketika pusat ekonomi dunia beralih ke Asia Timur dan Russia mempergiat kerjasama dengan rantau yang dinamik ini, penting untuk memahami ‘rahsia’ kejayaan Dr Mahathir dan mengetahui sejarah kejayaan itu langsung daripada penciptanya sendiri.

Perjalanan menarik

Doktor perubatan menurut profesion, laluan Dr Mahathir dalam politik amat menarik mulai daripada peserta pergerakan patriotik belia era penjajah sehingga menjadi Ahli Parlimen, menteri dan ketua kerajaan dalam sebuah negara merdeka.

Atas inisiatif dan di bawah pengawasan langsung beliau, dikembang dan dilaksanakan program pembaharuan.

Ia membolehkan Malaysia mempelbagaikan ekonominya dan dengan ketara mempercepatkan pertumbuhan membangunkan industri berteknologi canggih moden untuk mengukuhkan kedudukan pasaran global dan meningkatkan kebajikan rakyat.

Perubahan dalaman memungkinkan Malaysia masuk ke dalam arena antarabangsa dengan rasa harga diri dan keyakinan pada kekuatan sendiri.

Dalam ehwal serantau dan dunia, beliau memperoleh reputasi sebuah negara yang tidak menyerah kepada kemahuan negara lain, mempertahankan kepentingan nasionalnya dengan maruah, tahu menghargai hubungan yang membina dengan semua negara bersependapat.

Sumbangan Dr Mahathir dalam pembentukan dasar luar itu sangat penting. Suaranya sebagai penyokong tatatertib dunia yang adil, dialog antara agama dan tamadun sentiasa terdengar dan terus terdengar dari mimbar antarabangsa pada zaman apabila aspirasi seperti ini sangat mustahak.

Sehubungan itu, memoir Dr Mahathir bukan sahaja kompeten dan teliti, tetapi ikhlas dan memberikan banyak bahan untuk berfikir kepada semua pembaca, sekali gus layak dikaji secara mendalam.

Dalam abstrak kulit belakang buku ini ditekankan mengenai sumber unik pemikiran, renungan dan penilaian politiknya. Buku ini akan memperkayakan bukan sahaja pakar dan sarjana mengenai masalah Asia moden, tetapi juga petugas pentadbiran awam.

Penulis adalah Sarjana Russia dan bekas Profesor Madya di Fakulti Bahasa dan Linguistik Universiti Malaya

scroll to top