Friday , 15 December 2017

Home » Dunia » Menteri Luar Emiriah Lawat Malaysia

Menteri Luar Emiriah Lawat Malaysia

November 17, 2017 8:40 am Category: Dunia, Nasional A+ / A-
Menteri Luar Emiriah Lawat Malaysia

Sheikh Abdullah bin Zayed Al Nahyan

Kuala Lumpur 17 Nov Menteri Luar Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Abdullah Zayed Al Nahyan sedang melakukan lawatan rasmi dua hari ke Malaysia bermula hari ini.

Semasa lawatan itu, Abdullah dijadual mengadakan pertemuan dengan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman di pejabatynya di Putrajaya.

Lawatan itu memberi peluang kepada kedua-dua pihak memperkukuh hubungan bilateral dan bertukar-tukar pendapat tentang isu kehormatan bersama, menurut kenyataan Wisma Putra.

Dua memorandum persefahaman antara kedua-dua negara dijangka ditandatangani semasa lawatan itu.

Abdullah juga dijadual mengunjungi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Menteri Tugas-tugas Khas Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Kenyataan itu menambah UAE merupakan rakan perdagangan utama bagi Malaysia di rantau Asia Barat.

Ia menyatakan dari Januari hingga September tahun ini, jumlah perdagangan bilateral mencatat pertumbuhan dua angka sebanyak 24 peratus kepada RM19.98 bilion berbanding RM16.11 bilion bagi tempoh yang sama tahun lepas.

Jumlah perdagangan antara Malaysia dan UAE pada 2016 ialah RM22.27 bilion dimana jumlah eksport mencatat RM12.58 bilion sementera import berjumlah RM9.69 bilion.

— BERNAMA

scroll to top