Monday , 23 October 2017

Home » Teknologi » Mesin penetasan telur

Mesin penetasan telur

May 13, 2013 5:22 am Category: Teknologi A+ / A-
Mesin penetasan telur

Anda mungkin biasa melihat pelabagi jenis mesin untuk membantu aktiviti harian terutama berkaitan perniagaan.

Satu daripada mesin yang dikategorikan dalam membantu urusan harian atau indigenous technology ialah inkubator iaitu alat untuk menetaskan telur.

Bagi penternak ayam, itik mahupun burung puyuh mesin penetasan telur mungkin adalah suatu keperluan.

Bagi penternak, proses penetasan mungkin akan mengambil masa yang lama dan rumit.

Oleh itu, diharap dengan adanya alternatif lain dapat membantu mereka menyelesaikan masalah ini.

Siri Inovasi Utusan kali ini menampilkan mesin penetasan telur.

Mesin berkenaan dihasilkan mengikut keperluan dan permintaan pelanggan terutama mereka yang terlibat dengan industri penternakan ayam atau itik.

Sebagai sebuah syarikat yang mempunyai wawasan untuk membantu syarikat industri kecil dan sederhana (IKS), Syarikat Zull Design Autotronic (ZDA) , sentiasa mencari jalan bagaimana menghasilkan mesin yang boleh membantu kumpulan sasar.

Mesin yang dihasilkan biasanya dinilai daripada segi kemampuan pengguna memilikinya dan sejauhmana membantu dalam aktiviti ekonomi mereka.

Oleh yang demikian, ZDA menerima tempahan untuk membuat mesin penetasan mengikut kapasiti dan kemampuan penternak dengan harga yang berpatutan.

Mesin tersebut dapat menetaskan telur sebanyak 100 biji dalam satu-satu masa dan diharap dapat mengurangkan masalah yang dihadapi pelanggan.

st_02.2

Mesin ini diperbuat daripada kayu dan tahan panas serta mudah untuk diangkat.

Kakitangan ZDA akan memberi tunjuk ajar kepada pembeli dan khidmat nasihat dalam menggunakan mesin tersebut.

Harga bagi sesuatu mesin tersebut bergantung kepada kemampuan pelanggan, saiz yang diperlukan dan spesifikasi lain yang mereka perlukan.

Proses menghasilkan mesin tersebut memerlukan perbincangan yang lebih teliti dan kerjasama daripada pihak pelanggan itu sendiri. Hal ini bagi mengelakkan timbulnya masalah yang akan berlaku kelak.

Konsep perniagaan ZDA adalah berdasarkan tempahan pelanggan . Oleh itu syarikat ini tidak mempunyai mesin yang sedia ada dan bergantung kepada pengguna.

Pendekatan tersebut lebih sesuai dan dapat membantu pengguna untuk menempah mesin yang diperlukan mengikut kesesuaian pengguna itu sendiri.

Selain itu, harga mesin ZDA tidak membebankan pengguna dan mudah memperoleh alat ganti jika berlaku sebarang masalah.

Mesin yang dihasilkan juga kadangkala pernah berada di pasaran yang dihasilkan pihak lain atau individu tertentu tetapi ZDA mengambil inisiatif menghasilkan mesin atas hasrat membantu IKS beroperasi dengan kos yang lebih rendah dan memuaskan hati.

Oleh itu tidak timbul soal ingin bersiang pelanggan atau mendominasi pasaran mesin sebaliknya, selain tujuan perniagaan , mesin yang dihasilkan boleh dianggap mempromosi bidang inovasi kalangan rakyat.

 

scroll to top