Wednesday , 19 December 2018

Home » Sukan » Messi tampil persembahan memukau belasah Celta

Messi tampil persembahan memukau belasah Celta

January 12, 2018 8:33 am Category: Sukan A+ / A-
Messi tampil persembahan memukau belasah Celta

Lionel Messi

MADRID,. Lionel Messi menampilkan persembahan hebat di depan pemain baharu, Philippe Coutinho ketika Barcelona membelasah Celta Vigo 5-0 sebentar tadi untuk mara ke suku akhir Piala Raja Sepanyol 6-1 secara agregat.

Coutinho berada di tempat duduk Nou Camp buat pertama kali sejak perpindahan bernilai 160 juta euro (RM766 juta) dari Liverpool.

Pemain Brazil itu tidak perlu menunggu lama untuk melihat kehebatan pasukan itu di padang.

Terikat 1-1 selepas perlawanan pertama, juara bertahan tiga kali itu mendahului 4-0 pada babak pertama.

Messi menjaringkan dua gol pembukaan pada minit ke-13 dan 15, kedua-duanya dilakukan dengan sentuhan kaki kiri hasil bantuan Jordi Alba.

Messi kemudian membalasnya dengan mengumpan kepada Alba yang mengatasi penjaga gol Sergio Alvarez di gawang Celta sebelum Luis Suarez menjadikan kedudukan 4-0 selepas 30 minit.

Pemain kebangsaan Perancis, Ousmane Dembele membantu untuk gol kelima, tiga minit sebelum tamat apabila sepakan penjurunya ditanduk dari jarak dekat oleh Ivan Rakitic.

– AFP

scroll to top