Sunday , 24 March 2019

Home » Bisnes » MIDA i-Services Portal

MIDA i-Services Portal

October 30, 2018 7:36 pm Category: Bisnes, Ekonomi, Nasional A+ / A-
MIDA i-Services Portal

Kuala Lumpur 30 October 2018, – Lembaga Pelaburan Malaysia (MIDA) telah melancarkan i-Services Portal di National Investment Seminar 2018 hari ini.

Ianya merupakan platform lapangan yang menghubungkan pembekal perkhidmatan kepada pelanggan yang terdiri daripada syarikat tempatan dan luar negara.

Datuk Darell Leiking, menegaskan beliau sangat komited dalam menjadikan Malaysia negara usahawan yang terkenal di mata dunia, Beliau juga menyatakan kepercayaan dengan adanya syarikat tempatan yang bergerak pantas dan usaha tanpa henti , mampu menyubang kepada pecambahan ekonomi negara.

Pelaburan dunia juga sudah mula mengembangkan sayapnya dia asia, Ini membuka ruang kepada Malaysia untuk terus bergiat dalam pelaburan sejajar dengan Saranan Kerajaan Pada masa ini

Katanya “Syarikat tempatan perlu menguasai pasaran yang lebih luas serta dapat memenuhi keperluan antarabangsa.

Dato’ Azman Mahmud berkata “Seminar Pelaburan Kebangsaan 2018 telah dihadiri lebih dari 500 peserta dari pelbagai bidang, termasuk dewan perniagaan tempatan dan asing, agensi kerajaan, pengeluar, penyedia perkhidmatan dan pelabur yang berpotensi.

Seminar itu menampilkan dua sesi panel oleh pelbagai penceramah dari Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Suruhanjaya Tenaga , Malaysian Global Innovation & Creativity Centre (MaGIC) and Federation of Malaysian Manufacturers (FMM) as well as government agencies such as Malaysia External Trade Development Corporation (MATRADE), Malaysian Industrial Development Finance Berhad (MIDF) dan Export-Import Bank of Malaysia Berhad (EXIM Bank).

–MISS

scroll to top