Friday , 21 September 2018

Home » Bisnes » MIER naikkan unjuran ekonomi Malaysia

MIER naikkan unjuran ekonomi Malaysia

April 17, 2018 4:44 pm Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
MIER naikkan unjuran ekonomi Malaysia

Pengarah Eksekutif MIER, Profesor Emiratus Dr Zakariah Abdul Rashid.

KUALA LUMPUR:,.Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) menaikkan unjuran ekonomi Malaysia kepada 5.5 peratus tahun ini berbanding 5.4 peratus yang diunjurkan sebelum ini.

Pengarah Eksekutif MIER, Profesor Emiratus Dr Zakariah Abdul Rashid, berkata permintaan domestik akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi negara tahun ini.

Beliau berkata, permintaan luaran yang kukuh akan memacu permintaan domestik.Katanya pada taklimat Ekonomi Korporat ke-23 MIER di sini, hari ini.

MIER mengunjurkan kadar inflasi dijangka menyederhana tahun ini kepada 3.0 peratus dan kadar pengangguran 3.4 peratus.

Mengenai ringgit, Zakariah berkata, mata wang tempatan semakin mengukuh berbanding sebelum ini dengan berlegar ke paras sekitar RM3.80 berbanding satu dolar Amerika Syarikat (AS).

Beliau berkata, pengukuhan ringgit dilihat akan meningkatkan kuasa beli pengguna.

“Ringgit mengukuh secara ketara kepada sekitar RM3.80 berbanding paras RM4.50 sedolar sebelum ini.

“Dengan paras ringgit yang stabil akan memudahkan pengurusan ekonomi negara,” katanya.

Zakariah berkata, MIER tidak membuat unjuran bagi tukaran asing, tetapi secara peribadi, beliau mengunjurkan ringgit akan berlegar pada paras RM3.65-RM3.70 sedolar akhir tahun ini.

scroll to top