Sunday , 16 December 2018

Home » Bisnes » Minyak mentah kembali tinggi

Minyak mentah kembali tinggi

March 16, 2018 11:23 am Category: Bisnes, Ekonomi A+ / A-
Minyak mentah kembali tinggi

NEW YORK,. Harga minyak mentah dunia kembali tinggi selepas Agensi Tenaga Antarabangsa (IEA) berkata permintaan minyak global dijangka naik tahun ini namun memberi amaran bekalan semakin meningkat pada kadar yang lebih pantas.

Harga minyak mentah mencatatkan keuntungan hari kedua berturut-turut dengan kontrak niaga hadapan West Texas Intermediate (WTI) meningkat 23 cent kepada AS$61.19 setong, mencatatkan keuntungan 0.4 peratus.

Niaga hadapan minyak mentah Brent pula meningkat 23 cent kepada AS$65.12 setong.

Peningkatan permintaan minyak mentah dunia disamping kekangan bekalan dari Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) membantu mengekalkan minyak di atas AS$60 setong.

IEA berkata permintaan minyak mentah global akan meningkat tahun ini, yang bakal mengimbangi pasaran namun IEA juga mencatatkan kenaikan bekalan, mengatasi keuntungan bahan mentah.

IEA percaya bekalan dari luar OPEC, yang diketuai oleh Amerika Syarikat, akan meningkat sebanyak 1.8 juta barel pada tahun ini, sementara permintaan akan meningkat sekitar 1.5 juta tong sehari.

OPEC pada Rabu lalu menaikkan ramalannya untuk bekalan minyak bukan ahli tahun ini kepada hampir dua kali ganda pertumbuhan yang diramalkan empat bulan lalu.

-Reuters

scroll to top